Friday, June 26, 2009

NITEWALK PUCHONG

NITEWALK PUCHONG terletak di kawasan perindustrian Puchong Utama. Berkonsepkan Uptown/Downtown ianya mula beroperasi pada 5/6/2009. Waktu perniagaan adalah pada jam 8 malam sehingga 12 malam pada hari Selasa,Rabu,Khamis. Pada hari Jumaat,Sabtu & Ahad pula waktu perniagaan bermula dari jam 8 malam sehingga 2 pagi. Isnin cuti. Hehe.... NITEWALK PUCHONG terletak dilokasi yang amat strategik. Selain mempunyai tempat letak kereta yang mudah. NITEWALK PUCHONG juga menyediakan kemudahan medan selera dan karaoke bagi pengunjungnya. Pelbagai jenis barangan yang dijual disini. Antaranya jersi, barangan kulit, barangan plastik, baju2 perempuan, baju2 bundle, barangan kristal, kerepek, barangan plastik, barangan terpakai, kristal hidup, aksesori handphone, minyak wangi, bruch, lampu meja, permainan kanak2 dan macam2 lagi....

No comments:

Post a Comment